Latar Belakang Syarikat

RNS Holidays Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965. Ia telah dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengendalikan perniagaan Pelancongan dan Pengembaraan (Travel and Tours). RNS Holidays Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada 16 Disember 2006 atas nama Prenisbumi Holidays Sdn. Bhd.. Syarikat ini kemudian menukar namanya kepada RNS Holidays Sdn. Bhd. pada 24 Januari 2008. Pada ketika itu, ia merupakan sebuah syarikat keluarga yang baru mula menceburkan diri dalam industri Pelancongan dan Pengembaraan.

Pada tahun 2010, Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad (KOSAS) telah mengambilalih sepenuhnya RNS Holidays Sdn. Bhd. melalui anak syarikatnya KOSAS Permodalan Sdn. Bhd.. RNS Holidays Sdn. Bhd. kemudian distrukturkan semula dan dikeluarkan dari KOSAS Permodalan Sdn.Bhd. dan menjadi anak syarikat penuh kepada KOSAS. Syarikat juga diberi suntikan modal tambahan sebanyak RM1.5juta yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong KOSAS pada 09 Jun 2013 .RNS Holidays Sdn. Bhd. memulakan operasinya pada bulan Ogos 2010 dari pejabatnya yang baru di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur. Syarikat diuruskan oleh pegawai dan kakitangan yang berpengalaman serta agen-agen jualan ‘freelancers’ dengan dibantu rakan-rakan lain dari dalam dan luar negara.

Syarikat kini menawarkan pakej-pakej pelancongan dan perjalanan untuk pelanggan-pelanggan disertai dengan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan seperti tempahan tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan, penyediaan visa, insuran dan lain-lain. RNS Holidays Sdn. Bhd. juga mengaturkan makanan secara Islam dalam perjalanan dan menyediakan pemandu-pemandu pelancong dan pegawai-pegawai pengiring bagi menjamin perjalanan pelanggan yang selamat, teratur dan selesa. RNS Holidays Sdn. Bhd. ialah agen IATA (International Air Transport Association), ahli MATTA iaitu Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia atau ‘Malaysian Association of Tour and Travel Agents’, ahli BUMITRA Malaysia (Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Bumiputera) dan agen bagi penerbangan MAS dan Air Asia.