peninsular malaysia

Kejernihan air dan keindahan panorama Pulau Perhentian di Kuala Besut, Terengganu menjadikan ia antara destinasi pelancongan popular bagi warga tempatan dan rakyat asing. Suasana mendamaikan dengan pantai landai memberi keseronokan kepada pengunjung untuk menikmati hari percutian.

 

sabah

Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa di hati kerana mempunyai pelbagai tarikan tersendiri. Penduduk Sabah yang terdiri daripada 33 kumpulan pribumi, berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik

sarawak

Tarikan terbesar yang sering menjadi kekaguman pelancong di Sarawak adalah keharmonian budaya, cara hidup dan kemajmukan masyarakat yang terdiri daripada kira-kira 27 suku kaum pribuminya. Malah, kesan daripada kepesatan pembangunan turut menggalakkan lagi pengumpulan budaya’ dari sembilan bahagian negeri itu ke bandar-bandar utama. Sekali gus memaparkan lebih banyak keunikan masyarakat etniknya.