hong kong

Hong Kong ni merupakan salah satu destinasi yang paling laris buat pelancong dari Malaysia. Terkenal dengan Disney Land dan juga Night Life yang cukup meriah. Selain itu tiket ke Hong Kong juga banyak pilihan dah boleh di dapati dengan harga yang rendah Jadi tak mustahil jika Hong Kong merupakan destinasi yang cukup ideal buat pelancong dari Malaysia. 

korea

Tarikan alam semulajadi, lokasi bersejarah, street art, perkampungan dengan karektor tersendiri, gerai makanan yang enak, taman tema, muzium interaktif dan banyak lagi tarikan unik yang lain, semuanya terdapat di sini.

jepun

Jepun merupakan salah satu destinasi yang menarik kerana gabungan antara tadisi lama dan teknologi moden. Dengan budaya dan bahasa yang sangat berbeza, Jepun juga merupakan tempat yang bagus untuk pelancong wanita solo.  

taiwan

Di kalangan pelancong, Taipei yang merupakan bandar terbesar dan paling sibuk di Taiwan sememangnya menjadi destinasi paling popular dan digemari untuk dilawati. Ia terletak di bahagian utara Taiwan.

india

India kini semakin menjadi antara destinasi popular bagi golongan muda yang gemar mengembara dan India terkenal dengan kerohaniannya, perubatan tradisional, urut dan meditasi.

turkey

Turki sangat terkenal dengan warisan kesenian dan kebudayaan , Turkey juga dipenuhi dengan kemegahan bangunan-bangunan sekitar zaman purba dengan warisan ukiran batu yang sangat menakjubkan.

thailand

Thailand Memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya, Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia. Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand seperti di Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur

cambodia

Kemboja sebenarnya satu negara yang menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja disebabkan oleh adanya Angkor Wat – monumen keagamaan bersejarah terbesar di dunia, tetapi juga Khmer Rouge,  terdapat  banyak lagi khazanah alam dan tempat-tempat menarik di Kemboja untuk dilawati.

vietnam

Vietnam memang terkenal sebagai negara yang penuh dengan keindahan alam semula jadi yang sangat memukau pandangan sesiapa pun. Bukan tu je, Vietnam juga terkenal dengan seni warisan nya unik, kaya dengan sejarah dan makanan tempatan yang unik

indonesia

Sebuah negara yang memiliki banyak pulau, Indonesia merupakan antara destinasi  percutian yang mudah untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Tempat ini  juga sesuai dikunjung seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh setiap peringkat umur.

singapore

Singapura memang salah satu negara yang menjadi magnet bagi para perantau. Singapura juga merupakan negara maju dengan kemajuan teknologinya. Singapura berada tepat di posisi silang antara benua Asia dan Australia, serta Samudera Pasifik Dan Samudera Hindia, telah menjadikan pelabuhan di Singapura menjadi pelabuhan teramai dan tersibuk

china

Tembok Besar merupakan satu seni bina yang menjadi kebanggaan masyarakat Cina. Malah tidak hebatnya pandangan masyarakat seluruh dunia kerana Tembok Besar China dianggap satu keajaiban dunia yang dibina pada era terdahulu. Sebanyak 1.3 billion orang datang melancong ke China semata-mata untuk  melihat Tembok Besar ini

egypt

Mesir merupakan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai orang untuk pergi bercuti kerana banyak pengalaman yang boleh kita dapat apabila melancong ke sini Salah satu sebab yang mendorong ramai orang untuk melancong di sini ialah kerana Mesir kaya dengan tempat – tempat yang bersejarah. Antaranya ialah Piramid Khufu (Giza) yang merupakan piramid terbesar di Mesir dengan tinggi 139 meter.

philippine

Filipina yang terkenal dengan ibu kotanya iaitu bandar Manila dengan pelbagai keunikan tersendiri Filipina memang padat dengan tempat-tempat yang menarik  Kota Vigan merupakan kota lama di Filipina. Gaya rekabentuk binaan bangunan dikota ini merupakan gabungan antara arkitek Sepanyol dan arkitek Filipina..

europe

 Eropah mempunyai lebih kurang 50 buah negara di benua tersebut. Kebanyakan negara yang terdapat di Eropah, adalah negara-negara yang popular dan sering kali menjadi tempat tumpuan pelancong untuk mengembara.